SHAWL4P (Selendang untuk Palestin) merupakan projek bukan untung dengan kerjasama Rise4PalestineMY, sekumpulan sukarelawan yang mengumpul dana untuk disumbang kepada usaha pembangunan perteduhan dan pendidikan anak-anak Palestin yang dijalankan oleh Global Peace Mission Malaysia. Rise4PalestineMY ketika itu sedang giat memanggil peniaga-peniaga untuk turut berusaha dengan membuat jualan amal. Maka, Nur Jauhar juga telah menjawab panggilan dan turut menyertai.
Dari awal permulaannya, matlamat kami adalah untuk mencipta selendang yang cantik dengan menggabungkan unsur Malaysia dan Palestin yang menjadi simbol perpaduan kita dengan Palestin, Tanah para Nabi. Untuk merealisasikan matlamat ini, terlahirlah satu corak reka bentuk dengan empat warna pilihan; Silver Lining, Blooming Time, Green Heart, dan Break of Dawn.
Silver Lining
Blooming Time
Green Heart
Break of Dawn
Reka bentuk ini mempamerkan bendera Palestin, seni landskap masjid Al-Aqsa, corak Keffiyeh Palestin, dan bunga kebangsaan Malaysia (Bunga Raya) berserta bunga kebangsaan Palestin (Bunga Iris) yang kelihatan dia hujung selendang untuk menunjukkan sokongan daripada Malaysia kepada Palestin. Dengan hanya 100 unit yang dihasilkan, selendang ini telah diperbuat daripada satin premium dengan kemasan matte dan ditawarkan dengan harga RM73 setiap helai.
Sebanyak banyak terima kasih diucapkan buat sukarelawan projek ini (jurugambar, pengarah kreatif, model) atas usaha yang telah melancarkan segala urusan promosi dan pemasaran. SHAWL4P telah berjaya dilancarkan pada 16 Julai 2021 dan Nur Jauhar berjaya menjual setiap helai selendang menjelang pertengahan Ogos 2021 dengan pengumpulan dana sebanyak RM7,300 daripada hasil jualan semata-mata memandangkan semua hasil akan diberikan kepada Global Peace Mission.
Pada 13 Ogos 2021, jumlah sebanyak RM10,000 telah disumbangkan kepada Global Peace Mission untuk tujuan pembangunan perteduhan dan pendidikan kanak-kanak Palestin. Daripada jumlah jualan, sebahagian pelanggan juga telah memberikan sumbangan tambahan bersama pembelian mereka. Jumlah jualan tersebut juga telah dibulatkan dengan sumbangan daripada pasukan Nur Jauhar sendiri.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membeli selendang SHAWL4P dan atas sumbangan yang dibuat.
Pengarah Projek: Nur Anis Wardah
Pereka Bentuk Grafik: Noraidah Mohamad
Pengarah Kreatif: Nur Aimi Wahidah
Pengarah Kreatif Kanan: Nur Ain Nadia
Pembantu Pengarah Kreatif: Anis Idros
Pencipta Kandungan: Nur Aini Wajihah
Pegawai HSE: Muhammad Jauhar
Jurugambar: Emeer Shafril
Model: Nur Ain Nadia, Nur Dinie Adriana, Nur Alisha Ariana, Nurin Sarah, Norsyamira Izzati